Tuesday, June 30, 2009

fertigasi dpt3a jul08

TAJUK: PENANAMAN LADA/CILI SECARA TEKNOLOGI FERTIGASI

OBJEKTIF:

a) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara penanaman secara fertigasi
b) Memberi pengalaman kepada pelajar cara mengendalikan tanaman fertigasi.
c) Mengetahui masalah-masalah yang dihadapi apabila melakukan tanaman fertigasi
d) Mendedahkan kepada pelajar membuat rekod hasil tanaman.
e) Mededahkan pelajar tentang penambahbaikan hasil.
f) Memasarkan hasil tanaman yang telah dituai


PENGENALAN

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation.Sistem Fertigasi iaiah satu daripada adalah cabang hadroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro,hidroponik Aliran Dalam,hidroponik Aliran Cetek,hidroponik static,Aeroponik dan Pemercik Mikro.
Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun, cili merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.
Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.
Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.
Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.


PROSEDUR KERJA

1. Mula-mula bangsal didirikan mengikut ketinggian dan lebar yang diberi rujuk kepada lampiran 1.
2. Kemudian pelindung/ plastik dipasang diatas rangka bangsal.
3. Sistem pengairan dipasang mengikut prosidur yang telah ditetapkan. Pangsal untuk meletakkan polibeg dipasang dan disusun.
4. Cocopeat dimasukkan kedalam polibeg dan digaul untuk membuang toksik dan penyakit yang berada didalam cocopeat.
5. Anak pokok lada yang telah disemai selama 2-4 minggu dimasukkan dengan berhati-hati kedalam cocopeat.
6. Kemudian disusun pada bangsal pada jarak yang sesuai.
7. Jika terdapat anak pokok yang daunnya kekuningan baja INFRA disembur kepada anak pokok tersebut sehingga daunnya berubah warna kepada hijau.
8. Setelah pokok kelihatan subur dan besar sistem pengairan dipasang kepada setiap polibeg
9. Baja SET A dan SET B dibancuh bersama air dengan nisbah yang sesuai kemudian dimasukkan ke dalam tangki baja.
10. Membuang pucuk-pucuk yang tidak berkenaan (Pengutilan) hendaklah dibuat untuk memastikan pokok tumbuh keatas serta berbatang tegak.(tujuan kekemasan)
11. Jika serangan penyakit diakibatkan oleh serangga (kutu trip dan hamama) semburan racun hendaklah dilakukan dengan cara penyemburan (1,3,5).
12. Racun yang digunakan adalah FEGASUS. Jika penyakit tidak hilang racun ini hendaklah ditukar kepada yang lebih kuat.
13. Setalah berbuah (2-3 bulan) pastikan hasil dituai mengikut prosedur yang telah diajar iaitu menuai hasil pada waktu pagi atau petang sahaja.memilih buah yang betul-betul sesuai, memetik dengan cara yang betul,menyimpan dengan cara yang betul, merekod bilangan hasil dan memasarkannya.

*langkah kerja yang perlu dititik beratkan/perhatian .
1 pastikan tidak mengunakan tong penyambur racun yang sama untuk jenis racun yang berlainan.
2 Meletakkan pancang pada pokok lada yang telah besar supaya tidak mudah patah atau jatuh ditiup angin.
3. Jangan mengutip hasil apabila pokok telah diracun dalam masa 3 hari
4. memasang TIMER untuk memudahkan membekalkan baja kepada pokok mengikut masa yang ditetapkan dan betul.
5. FLUSHING perlu dilakukan setiap minggu bagi memastikan DRIPPER tidak tersumbat.
6. pokok hendaklah sentiasa diperhatikan bagi mengetahui masalah-masalah yang dihadapi bagi tujuan pemulihan.


KEPUTUSAN
Minggu Bilangan lada yang dikutip meracun catatan







PERBINCANGAN
1. sewaktu penyemaian biji benih, biji benih perlula direndamkan dengan racun kulat dan penggalak pertumbuhan untuk memastikan tumbuhan tersebut sihat dan selamat daripada serangan kulat.

2. Apabila didapati daun anak pokok berwarna kekuningan ini menunjukkan anak pokok kekurangan baja. Tindakan yang harus dilakukan ialah menyembur baja IMPRA kepada anak pokok tersebut.

3. Jangan menyiram anak pokok dengan baja berkepekatan tinggi kerana pokok akan mengalami proses osmosis yang menyebabkan kandungan air daripada anak pokok akan keluar dan menyebabkan anak pokok akan layu dan seterusnya mati.

4. Penyakit yang sering di hidapai oleh pokok lada ialah hamama dan kutu trip, cara penyegahannya ialah dengan menyembur racun jenis FEGASUS dengan semburan 1,3 dan 5.

5. Apabila pokok telah mula membesar pasangkan pancang dan buat pengutilan pada pokok bagi memastikan pokok tidak tumbang dan pokok kelihatan kemas dan tegak keatas.

6. Pastikan DRIPPER di cuci (FLUSHING) bagi memastikan dripper tidak tersumbat dan air sampai kepada pokok.

7. Buangkan ruput-rumput yang tumbuh disekita pokok bagi memastikan pokok mendapat nutrient dan makanan yang mencukupi.

8. Sewaktu menuai hasil pastikan menuai/memetik mengikut prosedur yang ditetapkan antara prosedur tersebut ialah:

a) Memetik pada waktu yang sesuai iaitu pada waktu pagi.

b) Memetik hasil yang matang(warna lada tersebut putih kekuningan)

9. Pasarkan hasil secepat yang mungkin kerana hasil tuaian mudah rosak.

10. Rekod dengan betul dan tepat supaya mengetahui keuntungan awau kerugian yang di alami.



KESIMPULAN
Secara kesimpulannya projek tanaman fertigasi yang kami jalankan adalah berjaya walaupun terdapat banyak masalah yang timbul. Ini disebabkan kurangnya pengalaman dan kemahiran yang kami miliki. Teknologi fertigasi. sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________by nuar

1 comment:

  1. as salam nk tnya cikit pasal fertigasi boleh x? law awk baca msj nie awk try msj sy kat no nie 0145212308...urgen nie harap awak boleh bantu saya k..:)

    ReplyDelete