Tuesday, June 30, 2009

AMALI TELAGA TIUB DPT3A JUL08






TAJUK AMALI: TELAGA TIUB

OBJEKTIF:

a) Mengenali komponen-komponen utama dan prinsip operasi alat untuk membuat telaga tiub.

b) Melakukan kerja-kerja dan pelarasan serta penyenggaraan terhadap alatan telaga tiub

c) Melakukan kerja-kerja membuat telaga tiub serta mempelajari cara-cara dan kaedah yang betul di dalam membuat telaga tiub

d) Mengetahui kesan dan kepentingan telaga tiub kepada manusia, haiwan, dan tumbuhan

e) Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi serta penyelesaian terhadap masalah semasa melakukan amali.

BAHAN DAN PERALATAN

1. Motor pam air
2. Tiub pvc
3. Rod telaga tiub
4. Tiub penghantar
5. Tiub sedutan
6. Injap
7. Muncung tiub penghantar
8. Minyak diesel dan Pelincir
9. Spanar(jika perlu)


LANGKAH KERJA


1. Periksa peralatan supaya berfungsi dengan baik

2. Kenali komponen utama pada alatan tersebut seperti pam air,salur sedutan, salur penghantaran,rod telaga tiub,dan fahami fungsi komponen tersebut..

3. Periksa paras minyak sebelum menghidupkan pam air.

4. Sebelum memulakan proses penyedutan air pastikan pam air di isi dengan air bagi membolehkan pam berfungsi dengan baik.

5. Masukkan salur sedutan kedalam punca air serta lakukan proses turun-naik pada salur sedutan bagi membolehkan air masuk kedalam salur sedutan dan dihantar ke pam.

6. Pasangkan salur penghantar kemudian hidupkan pam.

7. Setelah air keluar daripada muncung salur penghantar masukkan muncung kedalam rod tiub telaga.

8. Kemudian lakukan proses turun naik pada pada salur penghantar supaya rod tiub telaga terbenam.

9. Lakukan proses tersebut sehinga rod tiub telaga tadi terbenam sedalam 40 kaki.


KEPUTUSAN

Setelah melakukan proses diatas kumpulan kami telah berjaya memasukan LEBIH KURANG 2.5 kaki ke dasar bumi.


KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan daripada amali yang kumpulan kami lakukan ialah ahli kumpulan kami mengetahui serba sedikit cara pembuatan dan pengendalian telaga tiub. Terdpat beberapa cadangan daripada kumpulan kami antaranya penerangan yang lebh khusus perlu diberi kepada pelajar supaya pelajar lebih faham tentang operasi telaga tiub. Selain itu, seharusnya pelajar didedahkan daripada peringkat awal pembuatan telaga tiub hingga proses pengendalian dan penggunaan telaga tiub.

3 comments:

  1. Salam

    Sangat menarik, ada video nya tak?
    dimana nak beli alatan dan berapa harganya.

    boleh En Anwar hantar kan maklumat ke email saya di panjibuana@gmail.com atau berikan no tel. en anwar

    TAHNIAH

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam..boleh tak tunjukkan proses macam mana pam air telaga ini menghasilkan air bersih? maksud saya macam proses penapisan air yang syarikat air negeri buat..pam air telaga mesti ada proses rawatan air dia juga kan?

    ReplyDelete
  3. SALAM...SAYA SHARE UTK PENGAJARAN BLH KAN? TERIMA KASIH UTK INFO

    ReplyDelete